Friday, June 24, 2011

ohh my medicine !

MALAYSIA VS LUBNAN .

nampaknya hala tuju aku semalam bermulaa lambat disebabkan ini . aku memang meminati sukan . badminton , tennis , bola sepak lagilaahh . jadi , ini tidak dapat untuk skip . heheee ! time hari ahad hari tue kan , mereka seri 0-0 di lubnan . dari pengetahuan sains sukan aku ( budak sains sukan kan ) , mereka lawan timbal balik . kalau seri di bukit jalil , malaysia laa yang kalah sebab lubnan akan menang gol di tmpt lawan kan . alhamdulillah TIDAK ! haha

aku tidak mengetahui formasi apa mereka pakai semalam . 4-4-2 kaa atau apa kan . ngam2 main baru aku tengok , tengok dengan tekun okay . biar kerja aku lambat siap asal dapat tengok bola . bagi aku , malaysia main separuh masa pertama yg okay , kalau separuh masa kedua lebih kepada pertahanan kan . tue lahh separuh masa pertama yang ada gol . tp komitmen pemain yg penting , ong kim swee yg cakap . haha ! mereka mula bertahan slepas gary steven dikeluarkan kerana mendapat kad kuning ke2 kan . jadi , di atas padang malaysia bermain dengan 9 orang pemain dan seorang goal keeper kan .

Duabelas pasukan yang layak ke Pusingan Ketiga Qatar, Iraq, Bahrain, Australia, Jepun, Syria, UAE, Korea Selatan, Uzbekistan, Arab Saudi, Oman dan Malaysia.Mei 31, 2011 - Undian bagi Pusingan Ketiga Kelayakan Asia Olimpik 2012 akan diadakan di AFC House pada Julai 7.

Pusingan Kedua akan bermain pada Jun 19 dan 23, dimana 24 pasukan akan beraksi dengan Malaysia bertemu Lebanon.

Duabelas (12) pemenang pusingan kedua akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan masing-masing empat pasukan di pusingan ketiga.

Formatnya adalah secara timbal balik dari September 21, 2011 hingga Mac 14, 2011, dengan juara kumpulan akan layak ke Olimpik.

Asia diperuntukkan 3.5 tempat untuk kejohanan bolasepak Lelaki Olimpik London 2012.

sumber : http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/

setakat ne , mestilah penjaring terbanyak ialah irfan fazail sebab seingat aku , dia juga yang menjaringkan gol ketika menentang pakistan pusingan pertama kan . malatsia menang juga kan 2-0 lawan pakistan di pusingan pertama , jaringan oleh irfan fazail dan wan zaharulnizan ( kecik ) .

senarai pemain yang beraksi semalam :

1 Khairul Fahmi Bin Che Mat, 2 Mohamad Muslim Bin Ahmad, 3 Mohd Affize Faisal Bin Mamat (8 Wan Zaharulnizam Zakaria 69'), 4 Mohd Fadhli Mohd Shas, 7 Mohd Irfan Fazail (14 Izzaq Faris Ramlan 90'), 9 Syahrul Azwari Ibrahim (6 Abdul Shukur Jusoh 55'), 11 Gurusamy a/l Govandar Kandasamy, 12 Gary Steven a/l Robbat, 13 Muhammad Zubir Bin Mohd Azmi, 16 Wan Zack Haikal Bin Wan Nor, 17 Mohammad Fandi Bin Othman.

Sompanan: 5 Mohammad Faizal Bin Abu Bakar, 6 Abdul Shukur Bin Jusoh, 8 Wan Zaharul Nizam Bin Zakaria, 10 Muhammad Ferris Danial Bin Mat Nasir, 14 Izzaq Faris Bin Ramlan, 15 Mohammad Amer Bin Saidin, 18 Mohd Izham Tarmizi Bin Roslan

jaringan semalam dilalakukan oleh irfan fazail di minit ke8 dan wan zack haikal di minit ? di minit 41 macam , kalau x silap laa kan . tapi aku suka sebab syahrul azwari dimasukkan lagi awal , banyak chance dya kan . nasiblah benteng pertahanan malaysia terbaik kan ! muslim terbaikkk ! mentang2 lahh aku ne fans muslim ahmad . semua bhaa aku sokong . 

rasanya ne team time lawan pakistan kan .
goodluck utk pusingan seterusnya ! men liga kan . harap laa satu kumpulan bukan yg gergasi team ! hehheee .

No comments:

Post a Comment

counting :)