Friday, March 4, 2011

CINTA DI MATA REMAJA

kelas aku laa . botol air yg tercinta :D

nampak kan ESPRIT DE CORPS tue ? maksudnya semangat kekitaan atau berkumpulan . kami belajar di sains sukan , tapi bukan kami sekelas yang membuat itu tulisan . tahun sebelum kami lagi . nampak juga aku punya botol yang indah lagi menyerlah tue ? my heart tue . haha ! kalau tidak , kehausan bhaa nanti . emm , kalau diingat2 , gambar ne diambil ketika subjek bm . cikgu tulis pasal pa ? komsas mungkin . lupa laa . heheee . susunan di kelas ialah tepi 2 tengah 2 twpi lagi 2 jugaa . begitulah . tidak ramai kan . kami cuma 24 orang sahaja . tetapi sidang petang dalam 30 gitu laa . sekolah kami kan 2 sesi . out of topic

Apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.                                   
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.
Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.
Ada yang kata cinta itu,
C  - cinta
I  - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... macam tu la gayanya...
Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.
Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.
Mula-mula bercinta semua cantik di mata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai...
tajuk artikel di atas adalah cinta di mata remaja . agak tersentuh juga baca artikel ini sebenarnya , kenapa ? sebab aku sendiri kan remaja . memang aku akui ada benarnya laa . kebanyakannya kan . renung-renungkanlah ! selamat beramal :) haha ! boleh mengambil iktibar dari artikel ini . tidak salah bercinta kan ? uwekkkkkkkkk . sila muntah . apa aku cakap ini . biasalah anak gadis yang baik serta mulia ini tidak biasa bicara tentang cinta . perghh . lagilahh . tidak sama sekali . terasa agak jiwang ne mahu cerita pasal bercerita tentang cinta segala ne . macam lagu tuekan , boleh pandang2 , jangan pegang2 .. tetttttttttt . haha ! remaja kan , memang tidak terlepaslah dari cinta monyet , bagi pandangan akulah . orang lain pun mesti punya pendapat yang lain . ada cinta monyet sampai ke jinjang pelamin macam shalin zulkifli tue kahwin dengan suami dia yang dia kenal selma belasan tahun sudah . jodoh di tangan tuhan . lagilahh . haha ! melalut sudah aku . okay laa , byee :)

No comments:

Post a Comment

counting :)